Wanita cedera, tangan tersepit dalam mesin pengisar ikan - Utusan Malaysia

Wanita cedera, tangan tersepit dalam mesin pengisar ikan

Wanita tercedera selepas pergelangan tangannya tersepit di dalam mesin pengisar ikan di rumahnya di Kampung Mertua, Pengkalan Kubor Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT:  Wanita tercedera selepas pergelangan tangannya tersepit dalam mesin pengisar ikan di rumahnya di Kampung Mertua, Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Ketika kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa, Rasmi Ehnui, 26, sedang melakukan kerja-kerja mengisar ikan bagi menyediakan hidangan minum petang untuk keluarganya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Raja Arisan Raja Ismail, berkata, sebaik menerima laporan daripada suami mangsa, seramai enam anggota bergegas ke rumah mereka.

“Kita mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan pergelangan tangan mangsa yang tersepit itu namun gagal.

“Anggota bomba cuba membuka skru pada mesin tersebut, namun tetap gagal mengeluarkan tangan mangsa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Raja Arisan, bimbang dengan pendarahan yang banyak, mangsa kemudian dihantar ke Klinik Kesihatan Neting dekat sini bersama mesin pengisar ikan itu.

Menurutnya, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, pergelangan tangan mangsa berjaya dikeluarkan daripada mesin pengisar itu ketika dia dirawat di HRPZ II. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya