Wanita bantu cari pendapatan keluarga - Utusan Malaysia

Wanita bantu cari pendapatan keluarga

AHLI Peladangnita PPK Pekan Nanas menyertai kursus membuat kek bagi menjana ekonomi tambahan di Dewan PPK Pekan Nanas, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Tidak mahu hanya berpeluk tubuh menunggu bantuan kerajaan atau swasta, Peladangnita Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pekan Nanas agresif membantu ahli-ahli menambah pendapatan menghadapi situasi ekonomi tidak menentu akibat Covid-19.

Antara usaha digerakkan adalah pendedahan kursus tanaman termasuk penganjuran kelas membuat kek.

Pengerusinya, Zarina Mohamad Bain berkata, untuk itu ahli-ahli digalakkan menyertai aktiviti ekonomi tambahan bagi membantu keluarga masing-masing.

Katanya, sebelum ini pihaknya menggalakkan mereka menjalankan aktiviti tanaman dapur yang bukan sahaja bagi kegunaan keluarga malah selebihnya dijual kepada jiran-jiran sebagai pendapatan tambahan.

“Kita turut merasai kesan pandemik Covid-19. Ahli-ahli wanita perlu diberikan pengetahuan bagaimana menjana ekonomi sesuai dengan kemampuan masing-masing.

“Kita menganjurkan kelas membuat kek agar ahli-ahli dapat pendedahan awal sebelum mereka terlibat dalam industri kecil dan sederhana (IKS) supaya dapat pulangan dengan pasaran tempatan mahupun luar,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutup Kursus Pembuatan Kek di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya