Wacana Akademia bincang Pelan Induk Johor - Utusan Malaysia

Wacana Akademia bincang Pelan Induk Johor

POSTER Wacana Akademia dan Pembangunan Polisi siri pertama secara maya melalui platform Zoom Meeting.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Institut Pengajian Sains Sosial (Ipsas) Universiti Putra Malaysia (UPM) akan mengadakan Wacana Akademia dan Pembangunan Polisi siri pertama secara maya melalui platform  Zoom.

 Menurut Pengarahnya, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, bicara ilmiah itu dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (PenDaPaT).

 “Siri pertama wacana ini menganalisis tajuk Pembangunan Polisi Berasaskan Penyelidikan: Pelan Induk Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa 2021-2025,” tambah beliau.

 Menerusi kenyataan media, Ismi menerangkan, perbincangan akademik bermula pukul 10 pagi hingga 11.30 pagi esok itu dipengerusikan Prof. Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain dari UPM.

 Panel dibarisi Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo (Universiti Kebangsaan Malaysia), Prof. Dr. Badaruddin Mohamed (Universiti Sains Malaysia) dan Prof. Madya Dr. Normaz Wana Ismail (UPM).

 Pembangunan polisi katanya, masih asing dalam kalangan ahli akademik kerana hanya segelintir terlibat dan ramai lebih kepada penyelidikan untuk disiar melalui penerbitan jurnal terindeks.

 “Pelan ini contoh terbaik pembangunan polisi berasaskan penyelidikan disediakan pasukan panel pakar empat universiti awam yang menyentuh pelbagai bidang kepakaran,” kata Ismi.

 Ini ujar beliau, termasuk aspek sejarah, tamadun, bahasa, pendidikan, warisan budaya, politik, pelancongan, ekonomi dan teknologi maklumat serta bakal jadi dasar rasmi kerajaan Johor.

 Beliau menambah, pelan itu dilancarkan Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad pada 8 Oktober lalu bagi memartabatkan lagi warisan budaya Johor dalam tempoh lima tahun.

 “Selain Pelan Induk ini, siri wacana berikutnya akan menganalisis pembangunan polisi lain untuk dikongsi bersama dengan ahli akademik dan pihak berkepentingan”, terang Ismi lagi.

 Impak polisi ini ujarnya, juga sama hebat seperti penerbitan penulisan dalam jurnal terindeks dan pengiktirafan dari segi merit perlu diberikan oleh pembuat dasar di kementerian terbabit. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya