KUALA LUMPUR : Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen ditahan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan semalam bagi membantu siasatan dalam sindiket yang menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara.
Kesemua anggota gred 19 berusia antara 24 sehingga 38 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM semalam.
Menurut sumber, kesemua mereka antara anggota yang bertugas di di kaunter Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia 2 dan dipercayai menjalankan aktiviti tersebut.
Kata sumber, penahanan ini menjadikan kesemua mereka yang ditahan kini 63 orang terdiri 38 pegawai Imigresen, ejen (16) dan orang awam (9).
“SPRM turut merampas dua buah kereta dua biji kereta Volkswagen gold, sebuah kereta Toyota Wish dan motosikal Yamaha NVX.
“Permohonan reman dibuat pagi ini di Mahkamah Putrajaya bagi siastan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,” katanya kepada Utusan Malaysia.-UTUSAN ONLINE