Vaksin: Harus jika darurat - Utusan Malaysia

Vaksin: Harus jika darurat

ABDUL HALIM TAWIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Konsep perluasan hukum syarak dalam Islam boleh menjadikan perkara yang ditegah atau dilarang menjadi harus apabila sesuatu perkara ditafsir berada dalam keadaan darurat.

Mufti negeri, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, vaksin Covid-19 yang sedang diusahakan para penyelidik menjadi harus kepada umat Islam untuk digunakan sekiranya penawar itu mengandungi bahan atau unsur meragukan.

Namun katanya, adalah lebih elok jika pihak berwajib iaitu kerajaan atau badan terlibat mengkaji serta menyelidik kandungan vaksin tersebut terlebih dahulu sebelum sampai ke tangan pengguna.

“Seandainya vaksin pandemik itu menepati piawaian syariah dan tiada unsur syubhah, tiada elemen gelatin babi, enzim dan sebagainya saya yakin kita akan selamat sebagai pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Peduli Musaadah Negeri Melaka yang turut dihadiri Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya