Vaksin Covid-19: Kerajaan akan buat tempahan awal - Utusan Malaysia

Vaksin Covid-19: Kerajaan akan buat tempahan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan akan membuat tempahan awal dalam pembelian vaksin Covid-19 susulan anggaran peruntukan sebanyak RM3 bilion disediakan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, vaksin itu akan ditempah selepas kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan mendapat maklumat berkenaan keberkesanan vaksin tersebut yang dijangka mengambil masa dua bulan lagi.

“Anggaran peruntukan sebanyak RM3 bilion untuk vaksin adalah mencukupi untuk saya sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 mula buat tempahan awal kepada vaksin-vaksin yang sedang dibangunkan,” katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi mangsa-mangsa banjir dan meninjau keadaan tebing sungai yang runtuh di Kuala Sawah, Rantau dekat sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya