Usia emas bukan noktah dalam kehidupan - Utusan Malaysia

Usia emas bukan noktah dalam kehidupan

TUANKU Syed Faizuddin (baju kuning) dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat pada majlis sambutan Hari Warga Emas dan orang kurang upaya (OKU) peringkat negeri Perlis 2020 di Pauh Inn, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Pauh Putra, Arau, Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Golongan warga emas merupakan aset penting kepada negara kerana mereka memiliki ilmu, pengalaman dan kepakaran yang boleh menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, usia emas tidak boleh dianggap sebagai pengakhiran untuk tidak terus menyumbangkan tenaga dan idea kepada negara, malah kelebihan yang dimiliki mereka boleh dimanfaatkan.

“Ingatlah bahawa, usia emas bukanlah satu noktah untuk tidak terus menyumbang tenaga dan idea. Saya yakin Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah merangka dan melaksanakan pelbagai program untuk mengendalikan segala perancangan peningkatan sama ada daripada aspek pembangunan, perlindungan mahupun kebajikan terhadap warga emas,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Warga Emas dan orang kurang upaya (OKU) peringkat negeri Perlis 2020 di Pauh Inn, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Pauh Putra di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda bersama  Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Pengarah JKM negeri, Mohammad Hazam Ismail.

Sementara itu, baginda berharap warga emas terus diberi perlindungan sebaiknya kerana golongan tersebut amat berisiko dengan jangkitan Covid-19.

Tema Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan tahun ini adalah Pandemik Dan Penuaan: Mendepani Perubahan yang amar bertepatan dengan situasi negara yang berdepan pandemik Covid-19.

Untuk rekod, Malaysia diunjurkan akan menjadi sebuah negara tua (aged nation) pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya