Ujian saringan Covid-19 pekerja asing bermula esok - Utusan Malaysia

Ujian saringan Covid-19 pekerja asing bermula esok

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ujian saringan Covid-19 terhadap pekerja warga asing bermula esok di kilang-kilang yang dikenal pasti oleh Kementerian Sumber  Manusia.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi tujuan itu, syarikat terlibat dikehendaki menyediakan stesen kuarantin (QS) dan Pusat  Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) yang  bersesuaian. 

Beliau berkata, syarikat juga perlu menanggung kos pengurusan QS dan PKRC termasuk saraan makan minum dan penginapan pekerja selain menyediakan pengangkutan bagi membawa pekerja ke QS dan PKRC.

Jelasnya, pihak majikan perlu menanggung kos saringan  pekerja dan mana-mana pekerja positif ujian RTK-Ag dan tiada gejala, mereka boleh ditempatkan di asrama pekerja yang  disediakan majikan dengan pengasingan dari  pekerja negatif. 

“Jika keadaan asrama  tidak bersesuaian, pekerja perlu ditempatkan di  PKRC yang disediakan oleh pihak majikan, manakala pekerja positif ujian RTK-Ag atau bergelaja ringan perlu ditempatkan di PKRC, tetapi mereka yang bergejala serius perlu dimasukkan ke hospital. 

“Pekerja yang disahkan positif melalui ujian RT-PCR  boleh terus ditempatkan di PKRC yang disediakan majikan atau dimasukkan ke hospital,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Menurut beliau, semua pesakit yang dibenarkan pulang perlu dipakaikan  gelang pengawasan berwarna selain dari warna  gelang HSO untuk membezakan dari pekerja yang  sedang dalam kuarantin. 

Untuk permulaan, katanya, ujian ini akan menumpukan kepada  kawasan-kawasan berisiko tinggi di negeri Selangor, Negeri  Sembilan, Kuala Lumpur, Labuan, Pulau Pinang serta Sabah.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, polis  menahan 741 individu atas  kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) dengan 720 individu daripadanya dikenakan kompaun  manakala 21 direman.

Katanya, aktiviti pusat hiburan merekodkan kesalahan tertinggi iaitu 301 kes, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (202), tidak memakai pelitup muka (93), gagal menyediakan merekod butiran diri (82), rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (41)  dan lain-lain kesalahan (22). 

“Semalam, Operasi Benteng berjaya menahan 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam  operasi yang diadakan di seluruh negara,” katanya.

Mengernai kuarantin wajib, kata beliau, sejak 24 Julai lalu, seramai 78,150 individu pulang ke tanah air  melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 10,941 individu sedang  menjalani kuarantin wajib di 80 hotel dan 18 premis lain, manakala 405 individu pula dibawa ke hospital untuk rawatan selain 

66,804 individu dibenarkan pulang ke rumah. 

“Semalam, seramai 687 individu tiba di semua pintu masuk  antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin  wajib di stesen kuarantin seluruh negara,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya