UiTM nafi terlibat dengan Program bual bicara "UiTM dan DAP" - Utusan Malaysia

UiTM nafi terlibat dengan Program bual bicara “UiTM dan DAP”

Poster promo Facebook Live MADAH #DAPMUDA: UiTM DAN DAP? yang tular di media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menafikan pihaknya terlibat dalam bual bicara langsung di laman sosial Facebook  bertajuk UiTM dan DAP anjuran sayap Muda DAP Kampung Tunku yang disiarkan esok.

Ketua Perhubungan Awam, Media dan Protokol Jabatan Komunikasi UiTM, Nora Noordin berkata, UiTM memandang serius isu tersebut terutama apabila poster digital program bual bicara itu telah tersebar di media sosial.

“Penyebaran poster program ini seolah-olah membabitkan UiTM dalam penganjuran program tersebut. Kita ingin menegaskan bahawa UiTM sama sekali tidak terlibat di dalam program tersebut.

“Malah, tidak ada sebarang permohonan mahupun kelulusan diberikan terhadap program berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beberapa hari lalu tersebar poster digital berkaitan program bual bicara yang akan disiarkan secara langsung di Facebook bertajuk #DAPMUDA: UiTM dan DAP.

Berdasarkan poster program tersebut, program itu akan diadakan esok dan disertai empat bekas graduan UiTM dan kini memegang jawatan dalam DAP.

Mereka ialah Setiausaha DAPSY, Farhan Haziq, Ahli Jawatankuasa DAP Kampung Tunku-SS1,Nur Rahim Nasir dan Aslam Ramli dan Setiausaha Publisiti DAP Kampung Tunku , Ahmad Afiq.

Bagaimanapun, semalam, Gabungan Persatuan Alumni UiTM menyatakan kekesalan dengan penggunaan nama universiti tersebut dan menyelar sebarang usaha untuk mengheret UiTM dalam agenda pihak-pihak tertentu.

Gabungan itu dalam kenyataannya berkata, semua pihak perlu sedar UiTM sebagai institusi pengajian tinggi Bumiputera yang ditubuhkan bertujuan menyediakan peluang pendidikan tinggi dan profesional para Bumiputera.

“Kepada Alumni terbabit, mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga nama dan imej UiTM,” katanya dalam kenyataan tersebut.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya