Ubi kayu tonyoh ‘jangok’ curi perhatian - Utusan Malaysia

Ubi kayu tonyoh ‘jangok’ curi perhatian

ROSMAZIAH Mohammad (kanan) bersama kakaknya Rosniwati menunjukkan ubi kayu tonyoh yang dihasilkan mereka di Rantau Panjang di sini hari ini / PEMBERITA DAN GAMBAR : YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG : Ubi kayu parut atau ubi kayu tonyoh ‘jangok’ yang terdiri dari gabungan tiga warna iaitu kuning, hijau dan oren menjadi salah satu hidangan popular musim tengkujuh di negeri ini selain putu halba.

Permintaan luar biasa makanan itu setiap kali musim tengkujuh membuatkan dua peniaga ini, Rosmaziah Mohammad,45, dan kakaknya Rosniwati, 47, tidak menang tangan memenuhi tempahan orang ramai.

Rosmaziah berkata, masuk sahaja musim tengkujuh dia memerlukan hampir 50 kilogram (kg) ubi kayu untuk menghasilkan kuih berkenaan.

Menurutnya, dia menggunakan 100 peratus ubi kayu segar bagi memastikan hidangan yang dihasilkan itu berkualiti.

“Saya turut menggunakan kelapa parut yang telah dikukus dan kuah dari manisan ‘kerek’ untuk melengkapkan lagi keenakan rasa makanan itu.

“Kami memilih untuk mengukus kelapa parut kerana mahu rasa bahan itu terus segar dan enak untuk dimakan dalam apa jua keadaan,” katanya.

Rosmaziah memberitahu, sepanjang musim tengkujuh, ubi kayu parut yang dihasilkannya itu akan meningkat sehingga dua kali ganda berbanding bulan-bulan biasa.

Katanya, setakat ini ubi kayu tonyoh ‘jangok’ sudah menembusi pasaran di Besut, Terengganu menerusi agen yang telah dilantik.

“Ubi kayu tonyoh ini dijual dengan harga RM3.50 untuk saiz kecil dan RM10 untuk saiz besar.

“Alhamdulillah, kami gembira dapat berkongsi rezeki ini dengan agen-agen yang telah dilantik untuk memasarkan makanan ini ke seluruh kawasan.

“Saya juga bersyukur apabila dapat membantu rakan-rakan menambah pendapatan menerusi perkhidmatan penghantaran kuih tersebut secara terus kepada pelanggan,” katanya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya