Tourism Johor laksana beberapa inisiatif rancak industri pelancongan - Utusan Malaysia

Tourism Johor laksana beberapa inisiatif rancak industri pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri melalui Tourism Johor akan melaksanakan beberapa inisiatif bagi merancakkan semula sektor pelancongan negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, antara inisiatif tersebut termasuklah pemberian bantuan secara one-off kepada beberapa pemain industri.

“Antara pemberian secara one-off itu termasuklah kepada pemandu pelancong berdaftar sebanyak RM1,000 serta insentif kepada 16 buah persatuan pelancongan negeri dan daerah dengan peruntukan RM320,000.

“(Sebanyak) 586 syarikat pelancongan akan turut menerima bantuan sebanyak RM2,000, selain pengecualian pembayaran duti hiburan bagi taman-taman tema dan pusat hiburan keluarga.

“Ini turut melibatkan pengecualian lesen perniagaan kepada 1,031 syarikat berkaitan pelancongan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, menerusi agenda Majestic Johor, kerajaan negeri akan meneliti semula Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor 2014-2023.

“Kita juga akan membangunkan Johor Tourism Interchange (JTI) bagi mentransformasi ekonomi digital pelancongan.

“Selain itu, turut dilaksana adalah Baucar Pelancongan RM1.5 juta untuk merancakkan semula segmentasi penginapan serta rangkaian perniagaan terpilih di Johor.

“Ia juga untuk membangun dan menaik taraf prasarana pelancongan merangkumi kemudahan asas pelancongan daerah, inap desa dan desa stay serta Taman Negara,” ujarnya.

Sehubungan itu, pihaknya berharap inisiatif diambil kerajaan negeri akan dapat membantu semua lapisan masyarakat yang terjejas termasuklah sektor pelancongan akibat pandemik Covid-19.

Semua inisiatif tersebut disalurkan menggunakan peruntukan sebanyak RM14 juta kepada Tourism Johor menerusi Belanjawan Johor 2021 yang diharap mampu melegakan industri pelancongan negeri yang terjejas akibat penutupan sempadan Malaysia-Singapura ketika ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya