Tindakan tegas naik harga bawang - Utusan Malaysia

Tindakan tegas naik harga bawang

Harga bawang India dikatakan mahal ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengguna atau pemborong yang masih berdegil dengan mengambil kesempatan menjual bawang pada harga tinggi daripada ditetapkan kerajaan akan dikenakan tindakan tegas.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, para peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri ini.

Katanya lagi, perkara itu susulan aduan berkaitan kenaikan harga bawang secara mendadak baru-baru ini.

“Sehubungan itu, pihak kami telah memeriksa sejumlah 110 premis yang menjual produk pertanian itu di peringkat pemborong dan peruncit bagi memastikan harga yang dijual adalah munasabah.

“Daripada pemeriksaan itu, sebanyak tujuh notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 telah dikeluarkan kepada mereka bagi mendapatkan maklumat lengkap rantaian dan penjelasan harga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Hairul, pihaknya selepas ini sentiasa melaksanakan pemeriksaan berkala di semua peringkat pemborong dan peruncit.

“Mana-mana pihak yang berdegil, tindakan boleh dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan para pengguna untuk memuat turun aplikasi ‘Price Catcher’ bagi membuat perbandingan harga selain memilih premis yang menawarkan harga yang berpatutan.

“Sehubungan itu, orang ramai boleh menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan salah laku peniaga di talian 03-80008000 atau 1800-886800 atau hadir ke mana-mana pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna seluruh negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya