Tiga kali jawab soalan ujian sama - Utusan Malaysia

Tiga kali jawab soalan ujian sama

ANIS Suhana Mohd. Shuhari,20, belajar secara dalam talian di rumahnya di Kampung Jelempok, Arau, Perlis.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Tiga kali terpaksa jawab ujian yang sama secara dalam talian berikutan capaian internet yang lemah ketika menjawab soalan.

Itu situasi yang pernah dihadapi oleh salah seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT),
Anis Suhana Mohd Shuhari, 20, kira-kira seminggu lalu ketika menduduki ujian secara dalam talian di rumahnya di Kampung Jelempok, di sini.

Pelajar tahun akhir jurusan Diploma Kejuruteraan Elektronik Komunikasi itu berkata, dua kali sambungan internet terputus semasa sedang menjawab soalan menyebabkan jawapan yang telah ditulis sebelum ini turut hilang.

“Bila kali ketiga barulah saya dapat menjawab semua soalan sehingga habis. Maknanya tiga kali kena jawab soalan ujian itu.

“Memang ini satu cabaran kepada saya kerana ia semestinya menganggu konsentrasi ketika menjawab soalan. Malah semasa belajar juga kadangkala ada tertinggal slaid pembentangan yang ditunjukkan pensyarah semasa kelas secara dalam talian.

“Kalau capaian internet lembab, pensyarah sudah tunjuk slaid yang lain tetapi saya masih tertinggal di slaid sebelumnya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, anak ketiga dari lima adik-beradik itu memberitahu, semua kelas berkaitan teori diadakan secara dalam talian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu dan hanya kelas melibatkan penggunaan makmal sahaja memerlukan dia pergi ke kampus yang terletak di Pauh.

Gadis tersebut berharap kerajaan dapat memandang serius hal ini dan segera meningkatkan capaian dan kelajuan internet khususnya di kampung dan pedalaman di seluruh negara.

“Kita pun tidak tahu berapa lama lagi pembelajaran secara dalam talian ini akan berterusan terutamanya dalam keadaan pandemik Covid-19.

“Kami sebagai pelajar pun perlu mengambil masa yang lama untuk memuat naik tugasan-tugasan yang perlu dihantar kepada pensyarah. Kalau fail yang besar maknanya lagi lama dan memakan data yang banyak,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya