Tiga ditahan bayar RM1 juta kepada pegawai Imigresen - Utusan Malaysia

Tiga ditahan bayar RM1 juta kepada pegawai Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tiga lagi individu termasuk salah seorangnya merupakan orang yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini ditahan semalam.

Kesemua suspek yang merupakan ejen yang terlibat menguruskan kegiatan kemasukkan warga asing di pintu masuk dan keluar negara direman hari ini.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, siasatan SPRM mendapati, kesemua mereka dipercayai telah membayar lebih RM1 juta kepada pegawai Imigresen yang bersekongkol dengan mereka.

“SPRM masih memburu beberapa individu lagi, penahanan ini menjadikan 59 orang telah ditahan menerusi Op Selat yang dijalankan sejak minggu lalu,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya