Tiga beradik tabah jaga ahli keluarga lumpuh

Tiga beradik tabah jaga ahli keluarga lumpuh

MOHAMAD Amyrul Asraf Zulkifli (kiri) menjaga adiknya yang lumpuh, Shahnazali ketika kunjungan Utusan Malaysia di rumah mereka di Kampung Segajop, Pasir Salak semalam. - FOTO/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Tiga beradik tabah menghadapi dugaan menjaga adik mereka yang lumpuh sejak tiga tahun lalu setelah terlibat kemalangan motosikal.

Remaja yang lumpuh berkenaan, Shahnazali Zulkifli, 21, kini dijaga oleh abangnya, Mohamad Amyrul Asraf, 23, dan dua adik­nya, Nor Hidayah, 19, dan Shahrul Rizal.

Lebih menyukarkan, empat beradik yang menetap di Kampung Segajop dekat sini telah kematian kedua-dua orang tua mereka dua tahun lalu.

Menurut Shahnazali, adiknya lumpuh setelah patah tulang belakang dan kerosakan saraf akibat motosikal yang ditunggang terbabas.

Katanya, kini adiknya tidak mampu bergerak dan hanya terlantar di atas katil menyebabkan semua keperluannya diuruskan olehnya dan dua lagi adiknya.

“Pada mulanya sangat payah nak menjaganya terutama jika dia hendak membuang air besar, terpaksa diangkat ke bilik air.

“Namun sekarang dia sudah boleh buat sendiri tapi banyak pergerakannya masih perlu kami bantu

“Memang kena banyak bersabar dan faham keadaannya, orang sakit memang banyak ragam. Saya tetap cekal membantu adik saya walaupun apa terjadi, sudahlah bapa emak tak ada, kami sunyi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, dia bimbangkan masa depan adiknya itu yang masih muda.

“Sebelum ini dia seorang yang rajin, pagi ke sawah mengambil upah kerja untuk belanja harian kerana dia faham kami tiada bapa dan emak, siapa lagi nak bantu dan tempat mengadu hal.

“Saya sering memikirkan masa depannya jika keadaannya terus begini kerana dia masih muda,” katanya.

Shahnazali berharap ada pi­hak yang sudi menghulurkan sumbangan dan bantuan untuk adiknya memandangkan dia ha­nya bekerja kampung.

“Sudah banyak tempat dan ramai orang cuba merawat adik saya tapi tak berkesan. Jika diizinkan Allah umurnya panjang, saya mahu melihat dia sihat seperti dahulu kerana dia masih muda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya