Tidak timbul isu takut mati - Noor Hisham - Utusan Malaysia

Tidak timbul isu takut mati – Noor Hisham

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tidak timbul isu bahawa beliau takut mati kerana didakwa tidak turun padang melawat keadaan kes positif Covid-19 di Sabah.

Sebaliknya, kata beliau, pihaknya melalui Kementerian Kesihatan telah membuat perancangan khusus bagi memastikan segala aktiviti dan saringan negeri itu dapat dilaksanakan sebaiknya.

Beliau sendiri telah turun ke padang bagi melihat kesiapsiagaan di negeri berkenaan pada akhir Ogos lalu selain mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Chong Chee Kheong turun bersama pada minggu lepas.

Katanya, turut disertai Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr, Jemilah Mahmood pula melakukan tindakan sama pada dua minggu lalu untuk melihat tindakan pengurusan Covid-19.

“Jadi tak timbul isu kita takut mati. Sebagai orang Islam kita terima bahawa kematian boleh berlaku di mana-mana bukan hanya turun padang atau tidak.

“Jadi apa yang penting kita pasangkan niat kita untuk melaksanakan tugas bagi memutuskan rantaian covid-19. kita boleh berselisih pendapat tetapi tindakan kita perlu supaya boleh selamatkan negara kita daripada peningkatan kes-kes positif dan juga kadar kematian,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau turut memetik ayat al-Quran daripada surah al-Imran ayat 185 yang bermaksud setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) dalam perbahasan Dewan Rakyat hari ini mempersoalkan mengapa Noor Hisham tidak turun padang untuk melihat sendiri situasi Covid-19 di lapangan, sebaliknya hanya membuat sidang media setiap hari melalui siaran langsung di televisyen.

Terdahulu, suasana persidangan Dewan Rakyat kecoh apabila kenyataan “DG (Ketua Pengarah Kesihatan) takut mati” dikeluarkan King Sing pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021.

Kenyataan itu menyebabkan RSN Rayer (PH-Jelutong) bangkit dan meminta Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk tidak membenarkan King Sing ‘menghentam’ Ketua Pengarah Kesihatan dan mahu kenyataan itu ditarik balik. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya