Tidak serik dicekup sebab dadah - Utusan Malaysia

Tidak serik dicekup sebab dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Walaupun sudah mempunyai lapan rekod jenayah lampau dengan tujuh daripadanya membabitkan penyalahgunaan dadah, seorang penganggur berusia 31 tahun masih tidak serik melanggar undang-undang dan dimasukkan ke lokap akibat kesalahan tersebut.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung aktiviti pengedaran dadah dan sepasukan pegawai serta anggota polis membuat pemerhatian ke atas sebuah rumah di Felda Palong 4 kira-kira pukul 1 petang, semalam.

Menurutnya, semasa pemerhatian dibuat, seorang lelaki sedang duduk di atas sebuah motosikal dalam keadaan enjin motosikal dimatikan.

Katanya, sebaik sahaja dihampiri, suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan polis.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek menemukan beg sandang berwarna coklat yang didalamnya terdapat lima peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah berbahaya jenis heroin dengan anggaran berat 80.15 gram dan tiga peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan-ketulan jernih disyaki dadah berbahaya jenis syabu dengan anggaran berat, 5.09 gram.

“Dianggarkan nilai dadah keseluruhan yang dirampas adalah kira-kira RM3,314.25. Pemeriksaan lanjut dalam beg tersebut telah menemukan satu alat penimbang digital,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN