KUALA LUMPUR: Status pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang masih tergantung walaupun permohonannya sudah dihantar tiga bulan lalu menimbulkan keraguan kerana hingga kini belum ada tanda-tanda parti itu diluluskan. Bendahari Penaja Pejuang, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh berkata, beliau belum menerima sebarang kenyataan bertulis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung pendaftaran parti itu. “Sabar. Pejuang belum lagi diluluskan. Saya belum dapat surat daripada ROS menyatakan Pejuang diluluskan,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam. Ditanya sama ada kelewatan pendaftaran Pejuang itu bermotifkan politik, beliau tiada jawapan jelas berhubung perkara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya