Tiada aktiviti pembalakan haram Hutan Simpan Lenggor - Ayob Khan - Utusan Malaysia

Tiada aktiviti pembalakan haram Hutan Simpan Lenggor – Ayob Khan

POLIS Johor dan Jabatan Perhutanan negeri melancarkan operasi bagi mengesan aktiviti pembalakan haram Hutan Simpan Lenggor di Kluang, Johor hari ini. - FOTO/MOHAMAD FAHD RAHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Satu operasi yang dilancarkan polis Johor dan Jabatan Perhutanan Negeri Johor bagi mengesan aktiviti pembalakan haram di Hutan Simpan Lenggor di sini tidak menemukan sebarang kegiatan haram seperti dilaporkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya melancarkan operasi bersama di hutan itu yang didakwa diceroboh untuk kegiatan pembalakan haram yang bermula dari pukul 7 pagi sehingga 6 petang.

“Operasi ini dilancarkan susulan daripada maklumat orang awam dan terdapat lebih kurang 80 pegawai dan anggota selain pihak Jabatan Perhutan Negeri Johor termasuk Pengarahnya, Datuk Salim Aman.

“Apabila kita sampai di lokasi itu iaitu di Apartmen 197 kita dapati bahawa kayu-kayu itu adalah balak yang lama dan bukan ada unsur-unsur pembalakan haram. Namun insya-Allah, kita akan beroperasi dengan Jabatan Perhutanan jika ada maklumat.

“Kita akan menyiasat sama ada betul atau tidak betul aduan pembalakan haram di Kluang yang disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Kahang di sini hari ini.

Beliau berkata, aduan berkenaan diperoleh pihaknya kira-kira sebulan yang lalu.

Dalam pada itu, Salim berkata, pihaknya menyambut baik kerjasama itu dan seramai 22 pegawai dan anggotanya terbabit dalam operasi itu.

“Usaha bersepadu ini menunjukkan kerajaan serius untuk menangani kegiatan pembalakan haram,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya