Terengganu taja 12 pelajar ke Jordan - Utusan Malaysia

Terengganu taja 12 pelajar ke Jordan

ANTARA pelajar cemerlang anak negeri yang menerima tajaan melanjutkan pengajian ke universiti di Jordan dalam satu majlis di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Yayasan Terengganu (YT) memperuntukkan sebanyak 8.4 juta bagi membiayai keperluan pendidikan 12 anak negeri yang terpilih melanjutkan pengajian di Jordan.

Pengarahnya, Ishamudin Hashim berkata, pembiayaan membabitkan sembilan pelajar perubatan dan dua pergigian yang masing-masing di Universiti Sains dan Teknologi Jordan di samping seorang dalam bidang perbankan Islam di Universiti Yarmouk.

“Tempoh pengajian pelajar perubatan adalah selama enam tahun manakala pergigian (lima) dan perbankan Islam (empat).

“Kesemua pelajar itu sudah berlepas ke Jordan pada Selasa lalu,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pengarah (Pendidikan) YT, Dr. Hashim Azmi Che Noh. 

Menurut Ishamudin, penghantaran 12 pelajar ke Jordan itu adalah menerusi Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang peringkat persediaan dan ijazah pertama dalam dan luar negara yang diperuntukkan kerajaan negeri bernilai RM10 juta tahun ini. 

Katanya, tahun lalu, YT menaja seramai 13 pelajar ke Jordan bagi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, perbankan Islam dan pengajian Islam.

“Tiga lagi pelajar mendapat penajaan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian di Mesir dengan kesemua mereka kini berada di tahun kedua,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya