KUALA LUMPUR: Terajui pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19 selain mengadaptasi ekonomi digital dan inovasi.
Itu saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada gagasan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mendepani keadaan ekonomi yang tidak stabil pasca Covid-19 ini.
Beliau juga menggesa negara anggota APEC bersatu hatu membina pemulihan dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.
“Kita mesti bekerjasama dengan komuniti perniagaan. Sebagai entiti ekonmi, APEC perlu peka memupuk persekitaran yang meningkatkan keyakinan perniagaan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada acara Dialog CEO APEC 2020 secara maya di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, pandemik Covid-19 juga menunjukkan teknologi dapat membantu dan menyokong komuniti walaupun dengan pergerakan terbatas.
Oleh itu jelasnya, mengukuhkan digital dan mengecilkan jurang digital dengan meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur teknologi digital adalah satu kemestian. – UTUSAN ONLINE