Tembak PGA : 15 warga tempatan disambung reman - Utusan Malaysia

Tembak PGA : 15 warga tempatan disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : 15 lelaki warga tempatan yang ditahan bagi membantu siasatan berkaitan insiden tembakan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini disambung reman bermula esok sehingga Rabu.

Perintah sambung reman tersebut dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah di bilik reman Mahkamah Kangar hari ini.

Kesemua suspek yang berumur antara 19 hingga 37 tahun itu mula direman pada Rabu lalu dan perintah tersebut tamat pada hari ini.

Turut direman pada Rabu lalu adalah tiga lelaki warga Thailand bagi membantu siasatan kes sama yang tempoh remannya berakhir pada Selasa ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superitenden Saifudin Aslin Abbas berkata, semua suspek akan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini bagi menjalani beberapa prosedur hari ini.

“Mereka akan menjalankan beberapa prosedur siasatan seperti pensampelan asid deoksiribonukleik (DNA) dan sebagainya,” katanya di sini hari ini.

Untuk rekod, sehingga kini seramai 22 individu ditahan termasuk tiga yang ditahan oleh pihak berkuasa Thailand bagi siasatan lanjut kes yang mengorbankan Sarjan Baharuddin Ramli, 54.

Dalam kejadian pukul 2.30 pagi Selasa lalu, Baharuddin bersama rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, yang sedang menjalankan risikan diserang oleh 13 penyeludup ketum dari Thailand kira-kira 600 meter dari tembok sempadan negara berhampiran pos kawalan TS9.

Baharuddin gugur semasa pertemburan tersebut manakala Norihan cedera kerana ditembak bahagian paru-paru dan perut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya