Tasik Chini Taman Negeri baharu - Utusan Malaysia

Tasik Chini Taman Negeri baharu

MOHD. Sharkar Shamsudin (tengah, cermin mata hitam) melakukan tinjauan di Tasik Chini selepas merasmikan Program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Pahang di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Kerajaan negeri tidak akan menyambung semula atau memperbaharui lesen bagi sebarang aktiviti pembalakan dan perlombongan di sekitar Tasik Chini, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, keputusan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri menjadikan Tasik Chini sebagai Taman Negeri yang baharu, tidak lama lagi.

“Ini bermakna, semua jenis aktiviti perlombongan dan pembalakan akan dihentikan di sekitar kawasan Tasik Chini bagi memastikan lokasi pelancongan itu terus terpelihara. Tiada lagi lesen dikeluarkan atau pembaharuan lesen sedia ada selepas ini.

“Kita juga akan mewartakan kawasan ini sebagai Hutan Simpan Kekal. Perkara ini sudah dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan bertujuan supaya keunikan Tasik Chini kembali menjadi destinasi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Pahang di Pusat Penyelidikan Tasik Chini di sini.

Yang hadir sama, Pengarah Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar; Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Mohd. Sani Mat Daud; dan Pengarah Jabatan Penyiaran Pahang, Ariffin Awang.

Mohd. Sharkar berkata, apa yang dilakukan kerajaan negeri adalah konsisten dan menyambung komitmen bekas Menteri Besar terdahulu, Datuk Seri Adnan Yaakob.

“Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga sangat serius dalam hal penjagaan alam sekitar dan beliau meneruskan usaha yang telah dilakukan bekas menteri besar sebelumnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya