KUALA LUMPUR – Negarawan dan veteran UMNO, Tan Sri Zaleha Ismail meninggal dunia di Hospital Tawakal di sini.
Bekas Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat itu dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 8.34 malam.
Utusan Online dimaklumkan, jenazah allahyarhamah dalam proses dibawa ke kediamannya di Taman Perwira Satu, Gombak.
Jenazah allahyarhamah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota di sini pada pukul 10 pagi esok.-UTUSAN ONLINE