Tahan sakit dua jam cincin pertunangan tersangkut jari  - Utusan Malaysia

Tahan sakit dua jam cincin pertunangan tersangkut jari 

MANGSA menunjukkan cincin tunangnya yang dipotong anggota bomba di Kampung Tebuk Mufrad, Sabak Bernam hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Seorang suri rumah terpaksa menahan kesakitan selama dua jam apabila cincin emas yang dipakai di jari manisnya tersangkut dan membengkak dalam kejadian di Kampung Tebuk Mufrad, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.07 petang itu, wanita berusia 28 tahun dan telah berkahwin itu difahamkan cuba mengeluarkan cincin pertunangannya sebelum ini selama dua jam namun gagal.

Difahamkan, cincin tersangkut susulan berat badan mangsa yang telah bertambah daripada sebelumnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam, Mohd. Saufi Zakaria berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 4.07 petang.

Katanya, berdasarkan keterangan mangsa mendapati takut ke hospital sebelum menghubungi pihaknya.

“Jari manis wanita terbabit didapati membengkak selepas mangsa gagal mengeluarkan sendiri dalam tempoh dua jam.

“Oleh demikian, atas persetujuan mangsa operasi pemotongan cincin dilakukan dengan mengambil masa selama 10 minit menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya