Suspek tikam isteri diburu - Utusan Malaysia

Suspek tikam isteri diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Polis memburu seorang lelaki yang disyaki menikam isterinya sehingga cedera parah dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Iboi, Kupang di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, suspek berusia 33 tahun dipercayai menikam isterinya berusia 36 tahun pada perut sebelah kiri.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali memberitahu, suspek sedang diburu bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku selepas suspek yang merupakan seorang penganggur marah dengan tindakan mangsa bekerja di sebuah kilang di Kulim dekat sini tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

Mangsa ditikam sebanyak dua kali di tempat berbeza di perut sebelah kiri dengan kedalaman tikaman kira-kira tiga sentimeter dan  kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Wanita itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN