Sultan Perak kurnia pembebasan awal dua banduan - Utusan Malaysia

Sultan Perak kurnia pembebasan awal dua banduan

Ahmad Suaidi Abdul Rahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan memberikan pembebasan awal kepada dua banduan sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda esok.

Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, keputusan itu dibuat pada Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri yang dipengerusikan oleh baginda pada 3 November lalu.

“Tarikh bebas awal dua banduan itu masing-masing pada 18 Mei 2022 dan 24 Jun 2023. Sultan Perak menitahkan dua banduan tersebut dibebaskan awal berkuat kuasa hari Jumaat, 6 November,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Suaidi berkata, ketika Lembaga Pengampunan Negeri Perak mengadakan persidangan pada 3 Mei lalu, sebanyak 12 rayuan telah dipersembahkan untuk pertimbangan baginda.

Menurutnya, keputusan dibuat setelah menimbangkan laporan dari Jabatan Penjara Malaysia dan pendapat Peguam Negara serta pandangan dan ulasan yang dipersembahkan kepada ahli-ahli Lembaga Pengampunan.

“Sultan Perak berpuas hati bahawa hukuman yang dilalui dua banduan tersebut telah memberi pengajaran berguna untuk mereka berubah dan seterusnya berkelakuan baik,” katanya.

Menurutnya, baginda juga menasihatkan bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat agar undang-undang negara didaulatkan.

Katanya, baginda bertitah, pengampunan atau meringankan sesuatu hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah hanya dipertimbangkan apabila banduan menunjukkan sifat insaf sedar dan menyesal akan kesalahan yang telah dilakukan dan memohon maaf.

“Selain itu, banduan berkenaan berkelakuan baik semasa berada dalam tahanan serta menunjukkan azam untuk memulakan penghidupan baru,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya