Sukma 2024: Kelantan sasar 3 terbaik keseluruhan - Utusan Malaysia

Sukma 2024: Kelantan sasar 3 terbaik keseluruhan

Wan Roslan Wan Hamat -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan yang julung kali dipilih menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2024 menyasarkan untuk dinobatkan sekurang-kurangnya tiga kontinjen terbaik keseluruhan dalam temasya tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan badan bukan kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, sasaran itu mengambil kira prestasi sederhana Kelantan berbanding negeri lain yang sudah menjadi kuasa besar sukan tanah air.

“Untuk menjadi juara keseluruhan adalah sesuatu yang boleh diusahakan, namun kita harus menetapkan sasaran lebih relevan sesuai dengan kemampuan.

“Tiga terbaik merupakan matlamat utama Majlis Sukan Negeri (MSN) pada Sukma 2024,” katanya ketika menjawab soalan Mohd. Adanan Hassan (Pas-Kelaboran) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya