SPRM tahan 40 pegawai Imigresen - Utusan Malaysia

SPRM tahan 40 pegawai Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 40 pegawai Jabatan Imigresen dan tiga orang awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat kes pemalsuan cop sempadan di Johor dan Selangor.

Sumber berkata, 10 pegawai imigresen ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar di sini hari ini manakala 30 lagi diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Selain itu, tiga orang awam yang disyaki bertindak sebagai orang tengah pula ditahan di sekitar bandar raya ini.

Menurut sumber, kegiatan itu melibatkan pasport warga asing yang dicop di sempadan biarpun pemilik dokumen tidak keluar lagi dari negara ini.

SPRM dijangka mendapatkan perintah reman terhadap semua individu terbabit pada esok di Mahkamah Majistret Johor Bahru dan Putrajaya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya