SPRM cari Joh Len Santi bantu siasatan - Utusan Malaysia

SPRM cari Joh Len Santi bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan seorang lelaki bernama Joh Len Santi Apin bagi membantu proses siasatan.

Menurut kenyataan SPRM, individu berusia 34 tahun itu diperlukan pihaknya berhubung kes penggunaan dokumen palsu untuk tujuan pengeluaran sijil kelahiran.

“Alamat terakhirnya di Lot 2K 0-9 University Condo Apartment 2, Jalan Kampung Dambai, Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah dan Kampung Vinilai, 89059 Kudat, Sabah,” jelas kenyataan itu hari ini.

Orang ramai yang mengenali atau ada maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM, Penolong Penguasa Norsham Saharom di talian 089-668739 atau 012-867 7087. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya