Situasi Covid-19 di penjara semakin terkawal - Utusan Malaysia

Situasi Covid-19 di penjara semakin terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 63,730 saringan Covid-19 dilaksanakan ke atas banduan, kakitangan serta ahli keluarga dari semua institusi penjara seluruh negara sejak 1 September lalu sehingga semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, pihaknya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang digariskan Kementerian Kesihatan bagi membendung penularan wabak itu dalam kawasan berkenaan.

Menurut beliau, ini termasuk merawat dan mengasingkan individu yang disahkan positif, selain mengkuarantin semua banduan, staf dan ahli keluarga serta kontak rapat yang berpotensi dijangkiti Covid-19.

“Pada 15 Oktober lalu, arahan penangguhan penghantaran banduan ke Jabatan Penjara oleh semua agensi penguatkuasaan dikeluarkan bagi mencegah penularan Covid-19 melalui banduan reman atau orang kena tahan (OKT).

“Berikutan strategi kuarantin dan ‘lockdown’ terhadap tahanan reman serta banduan sabitan, situasi penularan Covid-19 dalam kalangan institusi penjara adalah semakin terkawal dengan catatan peningkatan kes harian yang rendah yang mana sebanyak 3,721 kes sembuh direkodkan sehingga tempoh semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya