Sesat 12 jam ketika daki Bukit Cherok Tokun - Utusan Malaysia

Sesat 12 jam ketika daki Bukit Cherok Tokun

DUA lelaki yang tersesat hampir 12 jam ketika mendaki Bukit Cherok Tokun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang petang semalam ditemui selamat pagi tadi.- IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Dua lelaki berdepan detik mencemaskan selepas sesat selama 12 jam ketika mendaki Bukit Cherok Tokun, Bukit Mertajam dekat sini petang semalam sebelum diselamatkan pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mangsa berusia 36 dan 54 tahun itu berjaya ditemui pukul 7.55 pagi tadi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada rakan mangsa pukul 5.45 petang semalam.

Ujar beliau, kedudukan mangsa berjaya dikesan pukul 11.30 malam tadi, namun mereka berdua didapati berada di bukit bersebelahan iaitu Bukit Seraya.

“Bagaimanapun terdapat kesukaran untuk pasukan menyelamat menuju ke lokasi mangsa kerana keadaan hutan yang tebal dan tiada laluan yang sesuai. 

“Komander Operasi bersama bantuan pendaki iaitu orang awam yang mempunyai pengalaman terpaksa mengubah haluan pencarian dengan menuju ke Bukit Seraya di mana lokasi mangsa berada,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa turun ke Pos Kawalan Bomba di kaki bukit sebelum operasi ditamatkan pukul 8 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya