Serah kertas siasatan Young Syefura  - Utusan Malaysia

Serah kertas siasatan Young Syefura 

YOUNG SYEFURA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kertas siasatan berhubung kes Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AG) Negeri Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ADUN Pahang itu sudah dipanggil dan keterangannya direkodkan, Selasa lalu.

Katanya, berdasarkan kepada gambar tular itu, terdapat antara lima hingga enam individu yang menjadi saksi dan mengambil gambar berkenaan.

“Kita serahkan kepada Pengarah Pendakwaan dan sekiranya diarah meneruskan siasatan lanjut kita akan siasat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya menunggu arahan seterusnya sama ada ADUN berkenaan akan dikenakan tindakan undang-undang atau sebaliknya.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Selasa lalu, media melaporkan polis sedia menyiasat tindakan ADUN Ketari itu yang dipercayai tidak mengikut prosedur operasi SOP PKPB selepas gambarnya berkelah tular baru-baru ini. 

Pada hari sama, wakil rakyat DAP itu kemudian hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang bersama lima rakannya pada pukul 9.15 malam dipercayai untuk memberi keterangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya