Sepakat agih bantuan kepada individu dikuarantin - Utusan Malaysia

Sepakat agih bantuan kepada individu dikuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI : Demi rakyat, Perikatan Nasional (PN) Kota Tinggi menunjukkan kesepakatan dengan bersama-sama memberi bantuan kepada rakyat di daerah itu yang kini masih dikenakan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Bahagian Bersatu Kota Tinggi, Rasman Ithnain berkata, mereka bekerjasama menyampaikan sumbangan berupa bekalan makanan terutama kepada mereka yang dikenakan kuarantin ekoran wabak Covid-19.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili berkata, rata-rata penduduk di daerah itu bekerja sendiri dan apabila dikenakan kuarantin maka mereka hilang punca pendapatan untuk mendapatkan bekalan makanan.

“Alhamdulilah dengan niat yang ikhlas dan murni kami Bersatu, Pas, Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Armada, Muslimah dan Srikandi dari bahagian Kota Tinggi bergerak bersama menyampaikan sedikit bantuan kepada mereka yang terkesan dengan Covid-19.

“Kita perlu terus perkukuhkan hubungan dan bersatu padu demi Bangsa Johor, sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Turut bersama membantu menyampaikan sumbangan antaranya adalah Majlis Belia Negeri Johor, Penghulu, Ketua Kampung, Pengurus Felda dan Ketua-Ketua Cawangan.

Rasman berkata, bantuan turut diterima daripada pelbagai pihak antaranya orang perseorangan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Johor Corporation (JCorp) sekali gus berharap akan lebih banyak pihak tampil untuk membantu.

Dalam pada itu, Rasman turut menitipkan nasihat terutama kepada generasi muda supaya perkukuhkan ikatan persahabatan dan menjadi satu pasukan yang kuat dan mahu mereka sentiasa berfikiran positif dalam norma baharu ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya