Seorang suspek tembak anggota PGA diberkas - Utusan Malaysia

Seorang suspek tembak anggota PGA diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seorang daripada tujuh individu yang melarikan diri susulan tembakan terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan pos kawalan sempadan Malaysia-Thailand berjaya diberkas.

Lelaki berusia 27 tahun dan merupakan warga Thailand itu ditahan kira-kira puku 9 pagi tadi oleh pasukan Komando 69 ( VAT69) dan Batalion 3 PGA fi kawasan berhampiran pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, hasil pemeriksaan terhadap lelaki tersebut tiada pengenalan diri ditemukan.

Penahanan ini menjadikan tiga berjaya diberkas di Malaysia manakala empat lagi ditahan oleh pihak berkuasa Thailand.

“Hasil soal siasat, lelaki tersebut mengakui dia teelibat dalam kumpulan penyeludup yang melarikan diri.

“Gerakan memburu saki baki ahli kumpulan terbabit giat dilakukan di kawasan berhampiran pos selain sekatan jalan raya turut dilakukan di kawasan sekitar memandangkan kesemua suspek dipercayai telah berpecah untuk melarikan diri,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN