Seorang maut, dua cedera diserang lelaki berparang - Utusan Malaysia

Seorang maut, dua cedera diserang lelaki berparang

LOKASI kejadian di Putra Point, Bandar Baru Nilai, dekat sini di mana seorang wanita maut manakala dua rakannya yang lain cedera selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang, pagi tadi.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Wanita maut manakala dua lagi rakannya cedera selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang di hadapan bangunan kosong di Putra Point, Bandar Baru Nilai, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, wanita berusia 63 tahun berkenaan disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar, susulan kejadian berkenaan sepasukan polis daripada Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki.

Lelaki berumur 42 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Jalan BBN 1/2E Bandar Baru Nilai bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, seorang lelaki telah menyerang tiga wanita warga emas berkenaan menggunakan parang.

“Akibat daripada serangan berkenaan, seorang maut, manakala dua lagi wanita berusia 61 dan 69 tahun mendapat kecederaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Nor Marzukee berkata, motif kejadian bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN