Seorang kakitangan pejabat MB Perak positif  Covid-19 - Utusan Malaysia

Seorang kakitangan pejabat MB Perak positif  Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang kakitangan Pejabat Menteri Besar Perak didapati positif Covid-19 selepas menjalani saringan kesihatan.

Berikutan itu, operasi pejabat berkenaan di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini ditutup selama 14 hari bermula hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Perak hari ini, proses sanitasi akan dijalankan di pejabat berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Jabatan  Kesihatan  Negeri  Perak kini menjalankan  saringan  kontak  rapat  kakitangan  tersebut,  pegawai dan  kakitangan  pejabat  Menteri  Besar  telah  diarahkan  untuk  menjalani  kuarantin  kendiri  di  rumah  serta memantau  tahap  kesihatan  masing-masing  sehingga  arahan  selanjutnya.

“Menteri  Besar,  Datuk Seri  Ahmad Faizal  Azumu  tidak  berada di  pejabat  dalam tempoh ini kerana sedang  menghadiri sidang Parlimen.  

“Walau bagaimanapun  atas  faktor keselamatan, Menteri Besar telah  menjalani  ujian saringan kesihatan semalam dan keputusan  disahkan negatif  Covid-19,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, penutupan hanya membabitkan Pejabat Menteri Besar sahaja, manakala jabatan lain akan kembali beroperasi seperti biasa selepas proses sanitasi selesai. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya