Seorang kakitangan MBS positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Seorang kakitangan MBS positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengesahkan seorang kakitangannya positif Covid-19.

Datuk Bandar Seremban, Datuk Zazali Salehudin berkata, sehubungan itu atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban, seramai 262 orang kakitangan daripada beberapa jabatan diarah melaksanakan kuarantin selama 14 hari di rumah.

“Seramai 262 kakitangan terlibat dan diarahkan kuarantin selama 14 hari bermula 5 sehingga 18 November ini.

“Antara jabatan yang terlibat ialah Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Pelancongan dan Unit Letak Kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya, kakitangan terlibat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan sentiasa berada di rumah dalam tempoh kuarantin dan memastikan mereka sentiasa boleh dihubungi.

Katanya, premis MBS akan beroperasi seperti biasa namun demi keutamaan keselamatan warga bandar raya Seremban dan pelanggan MBS, talian aduan MBS adalah ditutup buat sementara waktu.

“Dalam tempoh penutupan iaitu 5 sehingga 18 November, aduan boleh dilakukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MBS, mbseremban.spab.gov.my dan aplikasi Respons Rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya