JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis berpangkat Konstabel maut apabila kereta peronda dinaiki bersama rakan sekerjanya terlibat dalam satu kemalangan, dipercayai berlaku ketika mengejar suspek penjenayah.
Mengikut maklumat awal, kereta mereka dikatakan bertembung kereta milik orang awam lain ketika mengejar suspek dan anggota polis itu maut manakala rakannya mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail.
Maklumat lanjut berhubung kejadian itu termasuk identiti mangsa akan menyusul kemudian.
Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Pegawai Bomba Kamsani Aswan berkata, kemalangan itu membabitkan dua kenderaan di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, di sini hari ini.
Katanya, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada pukul 6.24 pagi. – UTUSAN ONLINE