"Saya tidak berdiam diri pihak burukkan polis." - Utusan Malaysia

“Saya tidak berdiam diri pihak burukkan polis.”

Ayob Khan Mydin Pitchay (dua dari kin) menunjukkan gambar suspek ketua sindiket Muhammad Raif Lee Abdullah, 38, yang sedang diburu polis.-UTUSAN/BAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberi amaran, beliau tidak akan berdiam diri terhadap mana-mana individu yang menfitnah dan memburukkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, video yang dimuat naik seorang lelaki bernama K.Haridas di Facebook Defend People’s Rights Group tersebut berniat jahat dan mencabar integritinya serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Individu ini mendakwa Ketua Polis Negara tidak berintegriti serta menuduh saya menggunakan agama untuk mencari nama. Saya berpegang pada agama Islam yang mengajar kita menolak rasuah dan sebagainya.

“Kita sebagai rakyat Malaysia berpegang teguh pada rukun negara dan saya yakin rakyat negara ini ada pegangan agama. Walaupun berbeza akidah, tapi nilai-nilai murni itu tetap sama.

“Kritikan pada saya itu biasa, tidak ada masalah tetapi jangan buat fitnah dengan membuat kenyataan yang boleh timbulkan kegusaran. Itu saya tak boleh terima dan akan ambil tindakan,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Video berdurasi 17 minit 39 saat itu dimuat naik di Facebook pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 20 November lalu mendapat tontonan sebanyak 200,000 kali dan dikongsi oleh lebih 1,000 pemilik akaun.

Ayob Khan berkata, lelaki berusia 39 tahun itu sebelum ini menuduh polis tidak mengambil tindakan ke atas laporannya.

“Dakwaan ini tidak benar kerana polis sudah memanggil beliau untuk memberi keterangan pada 18 Mac lalu namun dia tidak muncul.

“Individu yang mempunyai kaitan dengan NGO yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pernah dijatuhi hukuman penjara dua kali selepas ditahan pada 25 April 2019 dan 2 Mac lalu bagi kes ugutan jenayah” katanya.

Beliau berkata, individu dari Seremban itu mempunyai 10 laporan polis terhadapnya yang dibuat di IPK Selangor, Negeri Sembilan dan Johor bagi pelbagai kes jenayah.

Tambahnya, antara kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Hasutan, Seksyen 90 Akta Polis kacau ganggu di balai polis, Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, Seksyen 324 Kanun Keseksaan pukul dengan senjata dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Kita sudah buka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam dan akan ‘menjemput’ lelaki berkenaan dalam masa terdekat.

“Saya tidak kata polis Johor bersih 100 peratus, masih ada benda yang boleh diperbetulkan. Kritikan itu saya boleh terima, tapi jangan buat fitnah yang menimbulkan kegusaran secara tak langsung jejas kredibiliti PDRM,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN