Sawah padi jadi kebun pisang - Utusan Malaysia

Sawah padi jadi kebun pisang

ABDUL Rahim Mansor di kebun pisang yang diusahakannya di atas tanah bekas sawah Parit 8, Chenderong Balai, Sungai Manik, Pasir Salak, Perak. – FOTO/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Sistem pengairan yang tidak sempurna dan isu potongan harga padi yang tinggi mendorong seorang pesara polis di sini menukar tanah sawahnya seluas dua hektar kepada tanaman pisang.

Abdul Rahim Mansor, 65, mula mengusahakan tanaman pisang sejak 10 bulan lalu di atas tanah sawah peninggalan orang tuanya di Parit 8, Chenderong Balai, Sungai Manik dekat sini.

Katanya, dia yakin tanaman pi­sang mampu memberikan hasil yang lebih baik juga disebabkan beberapa masalah berkaitan ka­wasan sawah padi di Sungai Manik.

“Saya menukar tanah sawah kepada tanaman pisang atas beberapa faktor antaranya kos penanaman padi yang tinggi, isu pemotongan harga padi yang tinggi sehingga 25 peratus juga masalah pengairan di sini yang masih tidak selesai.

“Selain itu, padi kerap diancam serangga perosak dan mo­dal untuk memulakan musim baharu menanam yang tinggi.

“Atas faktor itu, saya yang sebelum ini mengusahakan tanah sawah ini dengan tanaman padi, nekad menukar tanah ini kepada tanaman pisang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Abdul Rahim, dia memilih menanam pisang kerana tanaman itu tidak memerlukan modal yang terlalu besar selain penjagaannya yang mudah.

Katanya, di atas tanah bekas sawah tersebut dia menanam kira-kira 600 pokok pisang jenis berangan sehektar.

“Dalam tempoh 10 bulan, tanaman ini sudah boleh djual namun harga pisang tidak menentu, bergantung kepada bekalan di pasaran.

“Harga biasanya lebih RM2 sekilogram namun setandan pernah mencecah harga sehingga RM30,” katanya.

Menurutnya, penjagaan tanaman pisang juga lebih mudah manakala untuk baja, dia hanya menggunakan baja asas iaitu baja daun dan buah secara berperingkat yang tidak memerlukan modal yang banyak.

Katanya, bagi mendapatkan hasil yang baik, dia mengamalkan jarak tanaman empat hingga lima meter bagi setiap pokok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya