IPOH: Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir dibuka di negeri ini, menjadikan keseluruhan empat PPS setakat pukul 1 tengah hari ini.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, PPS yang dibuka ialah di Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Ngah Ibrahim, Matang yang dibuka pada pukul 10 pagi ini.
\Menurutnya, seramai 34 mangsa banjir daripada 10 buah keluarga ditempatkan di PPS berkenaan.
“Pertambahan PPS yang dibuka kepada empat buah setakat ini menyaksikan jumlah mangsa banjir di negeri ini setakat pukul 1 tengah hari ini sebanyak 116 orang daripada 31 keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tiga lagi PPS yang dibuka sejak semalam ialah di daerah Kinta (21), Sungai Manik (6) dan Larut (55). – UTUSAN ONLINE