Saringan kedua Top Glove akan dibincang-Polis Klang Utara - Utusan Malaysia

Saringan kedua Top Glove akan dibincang-Polis Klang Utara

PETUGAS perubatan melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas seorang pekerja kilang di Meru, Klang. -UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan lanjut berhubung saringan kedua terhadap pekerja Top Glove akan diambil setelah perbincangan dilakukan dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, perbincangan akan dilakukan sebaik sahaja mendapat keputusan penuh untuk ujian saringan pertama.

“Kita menjangkakan keputusan penuh ujian saringan akan diketahui esok. Buat masa ini, ujian saringan dilakukan PKD terhadap pekerja dan penduduk telah selesai semalam.

“Oleh demikian, masa yang diperlukan adalah kira-kira dua hari untuk mendapatkan hasil ujian semalam. Keputusan diterima berperingkat dan mereka yang telah menjalani ujian awal sudah diterima,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja Top Glove bermula  Selasa lalu sehingga 30 November hadapan.

Pelaksanaan PKPD di kawasan berkenaan terpaksa dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 215 kes positif Covid-19. 

Susulan arahan tersebut,  seramai 5,700 pekerja dan 1,200 penduduk dikenakan PKPD  perlu menjalani saringan .

Dalam pada itu, Nurulhuda berkata, proses saringan berjalan lancar selepas semua pekerja dan penduduk memberi kerjasama penuh.

“Kita tidak alami sebarang masalah dan mereka memahami kepentingan saringan ini serta memudahkan pihak berkuasa melakukan tugasan,” katanya. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya