Saringan Covid-19 di Kem Syed Sirajuddin, Gemas - Utusan Malaysia

Saringan Covid-19 di Kem Syed Sirajuddin, Gemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Saringan ujian calitan Covid-19 sedang giat dilaksanakan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas bermula petang semalam susulan seorang petugas di kem berkenaan disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Suhaiza Sharudin berkata, individu yang positif berkenaan disahkan positif di Kuala Pilah susulan menetap di daerah berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya, individu berkenaan bertugas di Kem Syed Sirajuddin, Gemas dan langkah awal dilaksanakan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) ialah melakukan saringan ke atas kontak rapat kes berkenaan.

“Saringan telah dimulakan semalam dan disambung pada hari ini. Buat masa ini, saya masih tidak mendapat jumlah berapa individu yang disaring,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam tular dalam aplikasi WhatsApp maklumat mengenai seorang individu yang bertugas di kem tersebut telah positif Covid-19.

Dalam mesej berkenaan juga menyatakan dianggarkan sebanyak 500 kontak rapat akan menjalani ujian calitan Covid-19 berkenaan.

Pihak PKD Tampin dan kem tentera tersebut akan melakukan saringan berkenaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya