Sambutan Deepavali pencari rezeki di Singapura - Utusan Malaysia

Sambutan Deepavali pencari rezeki di Singapura

ANTARA pekerja Malaysia di Singapura menerima beg bingkisan bersempena perayaan Deepavali yang disumbangkan oleh pelbagai pihak. - FACEBOOK/ARAFAT MAHYIDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Meskipun tidak dapat pulang meraikan perayaan Deepavali bersama keluarga tersayang di tanah air kerana penutupan pintu sempadan Malaysia dan Singapura, namun kemeriahannya tetap sama bagi pekerja kaum India apabila mereka menerima bingkisan kuih yang digerakkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Singapura semalam.

Menerusi inisiatif itu, kira-kira 100 pekerja Malaysia menerima bingkisan mengandungi kuih muruku dan pek makanan hasil inisiatif pelbagai NGO Singapura antaranya From Ummah For Ummah dan Team #kitabersaudara.

Menurut pekerja Malaysia, Arafat Mahyuddin, 36, beg bingkisan itu diagihkan kepada pekerja yang terkandas di Singapura sejak Mac lalu selepas memilih untuk tinggal di republik itu bagi meneruskan pekerjaan demi mencari rezeki.

“Ini merupakan langkah pemulaan dengan menjadikan Deepavali untuk mengagihkan sumbangan kepada para pekerja Malaysia dan mereka kini bukan sahaja tertekan dengan kos sara hidup malah perasaan rindu kerana tidak pulang meraikan pesta cahaya bersama keluarga.

PEKERJA Malaysia di Singapura yang menerima hadiah istimewa sempena Deepavali.

“Ini kita boleh dijadikan usaha awal untuk menyumbang dan bekerjasama mengedarkan bingkisan bersempena Deepavali dan selepas ini pula Krismas dan perayaan lain seterusnya jika pintu sempadan masih lagi ditutup,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Arafat bekerja sebagai penolong pengurus logistik berkata, pandemik Covid-19 hingga memaksa penutupan pintu sempadan telah mendatangkan pelbagai hikmah kepada ribuan pekerja Malaysia yang terkandas selama lebih lapan bulan.

Katanya, antara hikmah penting boleh dilihat adalah semangat masyarakat dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun berbeza agama dan bangsa kerana saling membantu antara satu sama lain ketika ditimpa masalah sepanjang berada di negara sebarang tambak.

“Kita semua di sini adalah Malaysia. Malah terima kasih juga kepada warga Singapura yang telah membantu kami semua dalam bentuk kewangan dan tenaga, jasa-jasa anda semua kami kenang untuk selamanya.

“Kasih sayang dan perasaan simpati sesama kita telah melangkaui batasan sempadan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya