Sambung reman : Suspek bunuh Siti Nor Surya tenang ke mahkamah - Utusan Malaysia

Sambung reman : Suspek bunuh Siti Nor Surya tenang ke mahkamah

SUSPEK kes pembunuhan Siti Nor Surya Ismail dibawa keluar dari mahkamah selepas tempoh remannya dilanjutkan tujuh hari lagi oleh Mahkamah Majistret Marang di Marang, Terengganu hari ini.-UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Suspek kes pembunuhan Siti Nor Surya kelihatan tenang ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk disambung reman. 

Remaja perempuan yang berusia 19 tahun itu disambung reman tujuh hari lagi bermula esok hingga 16 November ini bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Terdahulu, suspek yang tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 10.25 pagi dengan memakai baju lokap berwarna ungu dan tudung merah jambu kelihatan tenang berbanding ketika kali pertama dihadapkan ke mahkamah sama pada minggu lalu. 

Selasa lalu, remaja itu hanya menundukkan wajahnya ketika keluar daripada kenderaan polis, bagaimanapun matanya mula bergenang sebaik sahaja masuk ke mahkamah dan reaksi sama berlarutan hingga selesai permohonan reman. 

Dia yang tinggal hampir dua kilometer dari kediaman Siti Nor Surya ditahan kira-kira pukul 8.15 pagi di Balai Polis Telemong di Hulu Terengganu semasa tampil memberikan keterangan, pada 2 November lalu.-UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya