KUALA LUMPUR : Sabah dan Sarawak akan menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan masing-masing sebanyak RM5.1 bilion ringgit dan 4.5 bilion ringgit.
Peruntukan tersebut antaranya untuk membina dan menaik taraf infrastruktur air, elektrik, dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan di negeri berkenaan.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semasa membentangkan Belanjawan 2021 hari ini.- UTUSAN ONLINE