Sabah masih negeri tertinggi kes positif - Utusan Malaysia

Sabah masih negeri tertinggi kes positif

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sabah masih mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi hari ini iaitu 441 kes mengatasi Selangor sebanyak 175 kes dan Negeri Sembilan 167 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keseluruhan kes positif baharu iaitu 1,109 kes sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 61,861 kes.

Menurut beliau, terdapat 113 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 41 kes memerlukan bantuan pernafasan dan dua kematian.

“Selain itu, terdapat empat kluster baharu membabitkan Sabah, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Bagi kes sembuh pula, sebanyak 1,148 kes direkodkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 50,204 kes,” katanya pada sidang akhbar sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya