PUTRAJAYA: Sabah mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi hari ini iaitu 326 kes mengatasi Selangor sebanyak 161 kes dan Negeri Sembilan 158 kes.
Sebanyak 103 kes yang dilaporkan berkaitan kluster-kluster di lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Bakti (95 kes), Kluster Tembok (5 kes), Kluster GK Tawau (2 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).
Ketua Pengarah Kesihatan,Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keseluruhan kes positif baharu iaitu 935 kes sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kini meningkat kepada 60,752 kes.
Menurut beliau, terdapat 110 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 45 kes memerlukan bantuan pernafasan dan tiga kematian.
Bagi kes sembuh pula, sebanyak 2,555 kes yang menjadikan jumlah kumulatif kes pulih 49,056 kes. – UTUSAN ONLINE