Rugi RM15,000 Pok Awang mati mengejut - Utusan Malaysia

Rugi RM15,000 Pok Awang mati mengejut

HAZIQ Aklan Zanudin sugul melihat bangkai lembu miliknya yang mati secara mengejut semalam di Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH : Seorang penternak kerugian kira-kira RM15,000 apabila lembu ‘sado’ dari baka Limousine miliknya ditemukan mati mengejut di dalam kandang di Kampung Permatang Sungkai, di sini semalam.

Kematian lembut seberat 780 kilogram (kg) itu tular di media sosial sejak semalam selepas penternak terbabit, Haziq Aklan Zanudin, 27, berkongsi kisah tersebut di akaun Facebook miliknya.

Haziq berkata, kejadian itu disedari sekitar pukul 1 petang selepas diberitahu lembu miliknya yang digelar Pok Awang ditemukan mati.

“Sebelum kejadian pada pukul 10 pagi saya ke kandang untuk memberi Pok Awang makan.

“Ketika itu Pok Awang tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik, seleranya tetap seperti hari-hari biasa,” katanya.

Haziq memberitahu, sejurus menerima perkhabaran duka itu dia terus bergegas ke kandang untuk melihat keadaan Pok Awang.

Katanya, sebaik sahaja sampai Pok Awang sudah berada dalam keadaan terbujur kaku.

“Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, namun saya perlu reda dengan apa yang berlaku dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Pok Awang memang diberikan penjagaan rapi dan sayang penuh kerana saya menyimpan impian untuk membawanya menyertai pertandingan lembu ‘sado’,” ujarnya.

Haziq berkata, bangkai Pok Awang akan ditanam hari ini dan dia turut memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi mengetahui punca sebenar kematian Pok Awang. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya